Tuesday, August 11, 2009

Road Tax Delivery - myeg



Penggunaan myeg untuk pembayaran road tax mengikut pengalaman saya selama ini sememangnya cekap.Walaupun kadangkala terpaksa menghubungi beberapa kali untuk bercakap dengan customer service , tetapi saya amat berpuas hati dengan service yang diberikan , teutamanya bila terpaksa membuat last minute changes atau sebarang kesilapan yang perlu diperbetulkan segera (sebagai contoh perubahan nombor talipon , alamat penghantaran, special request to deliver road tax 1 day earlier).
Sebagai contoh road tax yang sepatutnya dihantar pada customer pada 05/08/2009 beralamat rumah tiba-tiba perlu diubah pada hari yang sama untuk dihantar ke alamat tempat kerja. Saya terus menghubungi myeg untuk memberikan alamat baru sebelum penghantaran dibuat pada pukul 12 p.m. Sedang alamat baru diberi, talian terputus.Setelah menghubungi kembali myeg, saya terus meninggalkan nombor saya. Dalam masa kurang 5 minit myeg menghubungi saya kembali dan pada pukul 2 petang, hari yang sama customer menalipon saya , memberitahu yang road tax beliau telah sampai.
Pembaharuan road tax melalui myeg juga menyenangkan pemilik-pemilik kenderaan yang menghadapi masalah untuk membuat bayaran ansuran kereta secara up-to-date kerana kita tidak memerlukan geran (registration card) asal.
Keburukannya adalah server down menyebabkan saya kerugian masa (terpaksa mencuba beberapa kali). Kedua , bila berlaku kemalangan geran asal perlu dikemaskini untuk tujuan tuntutan insuran. Tetapi tiada masalah jika kita menyimpan slip bayaran cukai jalan myeg (yang mana saya percaya tiada siapa pun yang rajin menyimpannya :)) . Walaubagaimanapun, hubungi terus myeg di talian 03- 78018888 jika mengalami sebarang masalah. Anda boleh minta supaya slip bayaran diemailkan terus kepada anda.

Sunday, August 9, 2009

Renew insuran kereta dan road tax

Ramai yang terpaksa mengambil cuti separuh hari semata-mata untuk memperbaharui insuran kereta dan road tax. Malangnya setelah beberapa bulan kemudian jika mengalami kemalangan, kita tidak tahu apa yang harus dilakukan.Ini kerana tiada sesiapa untuk memberitahu kita apa langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk tujuan tuntutan (claim of damages or loss method).Hinggakan ada yang terpaksa mengambil cuti satu hari hanya untuk membuat tuntutan windscreen yang retak.
Begitu juga jika kereta tersebut hendak dijual. Mereka perlu pergi ke syarikat insuran masing-masing semata untuk membatalkan polisi serta membuat pemindahan NCD/NCB (non claim discount). Penyelarasan tarikh road tax dan insuran (extension).Remeh, tapi memerlukan penggunaan masa,tenaga dan petrol kita untuk melakukannya.
Perubahan pada engine code (biasanya kerana pertukaran engine yang baru), juga memerlukan perubahan atau endorsement pada polisi asal.Pertukaran alamat (mailing address) yang menyebabkan polisi tidak sampai .Sebarang pembetulan terhadap sebarang kesilapan yang dilakukan secara tidak sengaja (typing error) terpaksa dilakukan sendiri.
Bagi saya, syarikat insuran yang sepatutnya 'datang' kepada pelanggan dan bukan sebaliknya.Tidak ramai yang tahu mengenai OD-KFK (Own Damage Knock-For-Knock) claim tanpa membuat third party claim yang memang memeningkan kepala (kerana terpaksa membuat tuntutan dari syarikat insuran yang melanggar kita tanpa melalui syarikat insuran kita).
Compensation for actual repair time (CART) (ramai yang tidak membuat tuntutan ini kerana menganggap ia menyusahkan atau tidak pernah diberitahu kewujudannya).
Secara am, kita membeli insuran kereta kerana terpaksa (terutamanya comprehesive insurance).Kita tidak terlalu kisah mengenai tujuan atau kebaikannya.Kita membeli/renew insuran kereta semata-mata mahu menghidupkan road tax dan jika begitu, kita sebenarnya silap. Pemunya kereta model HONDA - STREAM (A) tahun 2004 membayar RM2,100 untuk insuran tetapi hanya perlu membayar RM379 untuk road tax.Bukankah kita membayar insuran itu jauh lebih banyak berbanding road tax.Setelah kita membayar begitu banyak untuk insuran,adakah kita tidak kisah samada adakah orang yang akan memberi service kepada kita (personal agent) atau tidak? Atau adakah kita masih perlu menghadapi masalah-masalah di atas sendirian?
Oleh itu saya mengambl initiative mendekati pelanggan sebelum mereka datang sendiri ke syarikat-syarikat insuran dan menekan nombor giliran masing-masing hanya untuk memperbaharui insuran kereta mereka.

MUHAIZAM MOHAMED NOR

Documents needed for insurance / road tax renewal (new case only)


1) Current motor policy (front page only)
2) Renewal notice (normally your insurer will send it 1 month before expiry date).
3) I/C copy (both side)
4) Registration card copy (front page only)

All those docs can be scanned and emailed to muhaizam@gmail.com OR if you have problem with IT , i'll come and collect from your office.



Please leave your message below


ShoutMix chat widget

Followers

About Me